Terkini | DagangNews Skip to main content

Widad Builders raih kontrak pembinaan RM40 juta bagi projek The Langkasuka 

KUALA LUMPUR 12 Sept -  Widad Group Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Widad Builders Sdn. Bhd. meraih kontrak pembinaan dan kerja tanah bernilai RM40 juta bagi projek The Langkasuka di Langkawi, Kedah. 

 

Maybank pindah ibu pejabat ke Menara Merdeka 118, dijangka pada suku pertama 2025

KUALA LUMPUR 12 Sept - Maybank akan memindahkan ibu pejabat korporatnya dari Menara Maybank di Jalan Tun Perak di sini ke Menara Merdeka 118, menjelang suku pertama 2025.

 

Reservoir Link Energy terima LOA bagi projek loji solar bernilai RM16.7 juta di Perak

KUALA LUMPUR 12 Sept - Reservoir Link Energy Berhad menerusi anak syarikatnya, Founder Energy Sdn. Bhd. menerima menerima surat anugerah daripada Savelite Engineering Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja pembinaan dan pentauliahan loji solar fotovoltaik berskala besar 25MWac di Perak.

Bolehkah PRU pengaruhi keputusan BNM tentukan kadar OPR? Ini analisis Maybank IB

KUALA LUMPUR 12 Sept - Penentuan kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) sama sekali tidak relevan dengan pilihan raya umum (PRU), jelas Maybank Investment Bank (IB) Research. 

 

Pelajar, ibu bapa sambut baik kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) MARA

KUALA TERENGGANU 12 Sept - Kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) untuk pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang berkuat kuasa serta-merta disambut penuh kesyukuran oleh pelajar dan keluarga mereka.

 

Nilai bantuan bina baharu dan baik pulih Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia dinaikkan - Mahdzir

KUALA LUMPUR 12 Sept - Kabinet meluluskan cadangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).

 

RHB Research semak turun unjuran pendapatan Sarawak Oil Palms akibat kos pengeluaran tinggi

KUALA LUMPUR 12 Sept - RHB Research menyemak turun unjuran pendapatan Sarawak Oil Palms Berhad bagi FY22-24 sebanyak 1.8%-3.9% selepas mengambil kira kos pengeluaran yang tinggi akibat peningkatan harga baja serta susut nilai yang lebih tinggi.

 

Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI

KUALA LUMPUR 12 Sept - Dua syarikat pengeluar sarung tangan, Top Glove Corp. Bhd. dan Hartalega Holdings Bhd. berkemungkinan terkeluar daripada kedudukan utama dalam FBM KLCI sekiranya tiada pemangkin dalam tempoh terdekat, demikian menurut AmInvestment Bank Research. 

PM peroleh perintah mahkamah supaya Lokman Adam padam kenyataan fitnah di media sosial

KUALA LUMPUR 12 Sept - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi di sini, supaya Datuk Lokman Noor Adam dengan serta-merta memadamkan kesemua video yang didakwa memfitnah perdana menteri di akaun media sosial.

Kobay Technology fokus kepada perniagaan membekal komponen mekanikal

KUALA LUMPUR 12 Sept - Kobay Technology Berhad akan terus memberi fokus kepada keupayaan teras dalam membekalkan komponen mekanikal untuk pelayan data termaju (ADV) dan tempahan untuk produk berkenaan kekal tinggi untuk tempoh tiga bulan akan datang.

 

Subscribe to Terkini