Pesta Peranakan Cina Terengganu 2023 - peluang kenali lebih dekat komuniti Mek dan Awang Terengganu
KUALA TERENGGANU 10 Okt - Pesta Peranakan Cina Terengganu 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) memberi peluang mengenali masyarakat Peranakan Cina yang sudah ada di negeri itu sejak abad ke-14.






