KUALA LUMPUR 9 Okt - MClean Technologies Bhd mahu menjana sehingga RM12.33 juta melalui penempatan persendirian untuk memperoleh perniagaan acuan suntikan plastik sebagai sebahagian daripada strateginya mempelbagaikan penawaran perkhidmatan dan aliran pendapatannya.
KUALA LUMPUR 9 Okt - Saham Public Bank Bhd dan LPI Capital Bhd akan digantung mulai 9 pagi hari ini, sementara menunggu pengumuman utama, menurut makluman berasingan daripada kedua-dua syarikat kepada Bursa Malaysia berkata pada petang Selasa.
KUALA LUMPUR 9 Okt - Ireka Corp Bhd menerima surat anugerah (LoA) daripada Gammerlite Sdn Bhd berhubung kerja-kerja subkontrak bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B, bernilai RM1.07 bilion.
KUALA LUMPUR 9 Okt - Malaysia diunjur mencapai pertumbuhan mengatasi sasaran bagi 2024 dipacu oleh kekukuhan dasar fiskal dan komitmen berterusan terhadap pembaharuan berasaskan kerangka Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.