Kumpulan Perangsang Selangor dikehendaki membayar cukai keuntungan modal, penalti RM7.9 juta oleh LHDN
KUALA LUMPUR 18 Dis - Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, syarikat milik kerajaan Selangor memfailkan rayuan terhadap taksiran cukai keuntungan modal (CGT) dan penalti berjumlah RM7.9 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).






