Saham MPHB Capital digantung mulai 22 Januari 2025 sehingga penyahsenaraian
KUALA LUMPUR 10 Jan - MPHB Capital Bhd, yang terlibat dalam perkhidmatan kredit dan perniagaan hartanah, berkata sahamnya akan digantung, berkuat kuasa 22 Jan, bagi memudahkan pengurangan modal terpilih syarikat sebelum ia dinyahsenarai menjadi syarikat persendirian.






