Tarif : Rundingan Malaysia-AS lancar, banyak isu boleh diselesaikan - Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR 15 Mei (Bernama) - Perbincangan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif timbal balas setakat ini berjalan lancar dengan banyak isu boleh diselesaikan manakala sebahagian lagi memerlukan penelitian lanjut, khususnya berkaitan sektor strategik negara.






