Malaysia Airports buka peluang vendor Sabah, Sarawak sertai projek naik taraf lapangan terbang
KOTA KINABALU 14 Ogos - Malaysia Airports sedang mempersiapkan kontraktor dan pembekal di Malaysia Timur untuk merebut peluang projek pembangunan lapangan terbang akan datang ketika kerja menaik taraf infrastruktur dan pembaharuan aset dipergiat di Sabah dan Sarawak.






