KUALA LUMPUR 20 Jun - Kedudukan daya saing global Malaysia meningkat lima anak tangga kepada 27 daripada 32 tahun lepas, menurut Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) 2023.
KOTA KINABALU 20 Jun - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) perlu meningkatkan kerjasama strategik dan menjadi peneraju keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di Borneo dan negara jiran yang bakal menjadi kawasan pertumbuhan baharu di rantau ASEAN.
KUALA LUMPUR 20 Jun - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoal mengapa ahli-ahli parlimen yang berkhidmat untuk rakyat amat kelu lidah mereka dan tidak menggunakan hak sepenuhnya di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
KUALA LUMPUR 20 Jun - Lebihan perdagangan Malaysia meningkat sebanyak 21.4% kepada RM15.42 bilion pada Mei 2023 yang merupakan bulan ke-37 berturut-turut mencatat pertumbuhan dua digit sejak Mei 2020.
BANGKOK 20 Jun – GHL Systems Berhad, syarikat perkhidmatan pembayaran terkemuka di rantau ASEAN, telah membolehkan Alipay+ untuk lebih 2,600 perniagaan tempatan di Thailand menerima pembayaran digital rentas sempadan daripada dompet mudah alih terkemuka Asia.
KUALA LUMPUR 20 Jun – Pemaju hartanah bandar, SkyWorld Development Berhad, yang terlibat terutamanya dalam pegangan pelaburan, penyediaan perkhidmatan pengurusan kepada anak syarikat dan pembangunan hartanahnya, melancarkan prospektus bagi tawaran awam permulaan (IPO) hari ini.