Crest yang bakal disenarai di Pasaran ACE, mahu bertapak di China, Vietnam
KUALA LUMPUR 30 Sept - Crest Group Berhad yang bakal disenarai di Pasaran ACE menumpukan pada usaha mengembangkan operasinya di China dan Vietnam serta meningkatkan tenaga kerjanya untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan semasa dan menarik yang baharu.






