Lembaga Teknologis Malaysia iktiraf warga teknikal ATM
PORT DICKSON 18 Julai – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) menyampaikan sijil pengiktirafan profesional kepada seramai 76 pegawai dan anggota Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja, yang telah diiktiraf sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.).






