Kontrak RM680 juta bakal lonjak hasil Gadang bagi FY23 - TA Research
KUALA LUMPUR 21 Julai - Kejayaan Gadang Holdings Bhd meraih kontrak berjumlah RM680 juta bakal meningkatkan lagi buku pesanan terkumpul firma kejuruteraan pembinaan itu dan merangsang pendapatan bagi tahun kewangan semasa berakhir 31 Mei 2023 (FY23).






