Uzir Abd Samad dipenjara setahun urus dana tanpa lesen Suruhanjaya Sekuriti
KUALA LUMPUR 15 Nov - Mahkamah Sesyen Johor Bahru mensabitkan Uzir Abd Samad, bekas pengarah UAS Bistari Management Sdn Bhd, dengan tiga kesalahan berkaitan aktiviti pengurusan dana tidak berlesen dan secara salah mendakwa dirinya sebagai memiliki lesen.






