KJ adalah calon paling berwibawa untuk Sg Buloh, kata Perdana Menteri | DagangNews Skip to main content

KJ adalah calon paling berwibawa untuk Sg Buloh, kata Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 15 Nov - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO merayu pengundi di Parlimen Sungai Buloh supaya mengundi Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Kesihatan.

 

"Inilah calon paling berwibawa yang bakal membawa agenda hebat untuk Sg Buloh.

 

"Demi kestabilan dan kemakmuran, ayuh beri peluang kepada KJ," kata Perdana Menteri semasa hadir ke Uptown Damansara malam tadi bagi memberi sokongan penuh kepada Khairy.

 

Khairy, penyandang Parlimen Rembau berdepan saingan tujuh penjuru di Sungai Buloh termasuk Ramanan Ramakrishnan dari Pakatan Harapan (PH) pada PRU15 pada 19 Nov ini.

 

Sementara itu, Khairy berkata beliau menerima apa sahaja jawatan yang bakal diberi dalam Kabinet sekiranya BN diberi mandat oleh rakyat sebagai kerajaan selepas PRU15. 

 

“Saya ada hubungan baik dengan PM (Perdana Menteri), saya akan sentiasa menyokong beliau dalam Kabinet dalam apa jua jawatan.

 

"Saya sentiasa menyokong apa sahaja keputusan PM untuk beri saya apa sahaja jawatan,” katanya.

 

Mengulas mengenai perkembangan kempennya setakat ini, Khairy berkata beliau melihat peluangnya memenangi hati pengundi atas pagar dan pengundi PH sebelum ini cerah.

 

Beliau berkata perkara itu jelas dilihat melalui pemerhatiannya semasa berkempen dan beramah-mesra bersama penduduk kawasan terbabit.

 

“Banyak perkara yang perlu dilesaikan di sini, saya harap dengan kehadiran saya di sini, saya dapat menyelesaikan masalah terbabit,” katanya. - DagangNews.com