SC saman 5 individu atas dakwaan menggelapkan wang berjumlah RM120.6 juta
KUALA LUMPUR 12 Dis - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap lima individu yang didakwa melakukan skim penipuan dan/atau menyebabkan kerugian bernilai RM120.6 juta ke atas empat syarikat tersenarai awam.






