Penduduk Malaysia kini berjumlah 33 juta orang - Jabatan Perangkaan
PUTRAJAYA 9 Feb - Penduduk Malaysia dianggarkan seramai 33 juta orang pada suku tahun keempat 2022, meningkat 1.3 peratus berbanding 32.6 juta yang direkodkan bagi tempoh sama pada 2021.






