Sarawak, MAG capai persetujuan pastikan pengambilalihan MASwings berjalan lancar tanpa ganggu operasi luar bandar
KUCHING 25 Julai — Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) mencapai persetujuan untuk memastikan kelancaran proses pengambilalihan MASwings Sdn Bhd oleh kerajaan Sarawak tanpa mengganggu operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS).






