Waspada penyakit HFMD semakin meningkat | DagangNews Skip to main content

Waspada penyakit HFMD semakin meningkat

Oleh NURADIBAH THMAON

PENYAKIT Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang menular ini semakin meningkat tinggi dan mengancam nyawa kalangan kanak-kanak baru-baru ini.

 

Penyakit trend ini yang merebak secara sentuhan langsung melalui cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti pada permukaan dan alatan permainan yang telah tercemar dengan virus HFMD.

 

Simptomnya ialah demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki yang membimbangkan dan mengalami kesukaran mengambil makanan dan kesukaran untuk menelan.

 

Sebanyak 31,661 kes HFMD dicatatkan setakat ini, dan menunjukkan peningkatan sebanyak 15 kali ganda berbanding 2,121 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

 

Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 6,748 kes yang melibatkan penularan di tadika, taska serta pusat jagaan harian kanak-kanak manakala kes di Johor ialah  sebanyak 640 kes, meningkat sebanyak 6.8 kali ganda tahun berbanding tempoh tahun lalu.

 

Kedah pula merekodkan sebanyak 1,016 kes; 144 kes HFMD di Hilir Perak, Bagan Datuk dan Melaka juga melonjak naik seramai 1,142 kes kanak-kanak dijangkiti.

 

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kematian dilaporkan di tempat berisiko terbabit dan ada beberapa taska dan tadika diarahkan tutup.

 

Menurut Portal Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan supaya elakkan perkongsian alatan peribadi, makanan dan permainan anak-anak yang dijangkiti HFMD dari anak yang lain.

 

Selain itu, ibu bapa juga haruslah memainkan peranan yang penting iaitu menjaga kebersihan diri anak dan persekitaran di mana ia mudah berlaku seperti mencuci tangan, menyapu dan membersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu.


 

hfmd

 


Tambahan lagi, sempena musim Hari Raya yang dipenuhi jemputan rumah terbuka, ibu bapa hendaklah berinisiatif agar anak dikuarantin daripada menghadiri rumah terbuka, bersiar-siar di tempat awam dan menggelakkan menghantar ke  nurseri atau tadika supaya tidak berjangkit penyakit tersebut kepada kanak-kanak lain.

 

Ibu bapa juga haruslah selalu memantau keadaan anak dan dapatkan nasihat daripada doktor jika terdapat tanda-tanda penyakit kaki, tangan dan mulut pada anak-anak.

 

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mencegah penyakit ini dan bertoleransi untuk tidak sengaja menyebarkan demi mengelakkan penularan terus berlaku di mana-mana. – DagangNews.com

 

NURADIBAH BINTI THMAON adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.