ConocoPhillips tarik diri daripada projek Salam-Patawali di Sarawak bernilai RM13.7 bilion
KUCHING 29 April - Syarikat minyak Amerika Syarikat, ConocoPhillips dilaporkan telah memutuskan untuk menarik diri daripada mengendalikan medan minyak dan gas laut dalam Salam-Patawali di luar pesisir Sarawak dalam apa yang dikatakan sebagai "semakan strategi negara".






