Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI Generated’ di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian – Fahmi
KUALA LUMPUR 14 Julai (Bernama) - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pelabelan kandungan yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai "AI generated" di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024, yang dijangka berkuat kuasa pada hujung tahun ini.






