Skandal LCS: SPRM lengkapkan siasatan, kertas siasatan kini pada Pejabat Peguam Negara
PUTRAJAYA 11 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan beberapa kertas siasatan terhadap individu-individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).






