KUALA LUMPUR 10 Sept - Setiausaha Kehormat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Pahang Fouzi Singon dilantik sebagai Setiausaha Agung NUTP yang baharu bagi sesi 2020-2023 berkuat kuasa hari ini.
PAGOH 10 Sept - Majlis Pemulihan Negara (MPN) menyarankan institusi perbankan agar mempertimbangkan cadangan pemberian moratorium kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya bagi mereka yang masih bergelut untuk pulih pasca COVID-19.
KUALA SELANGOR 10 Sept - Kerajaan optimis keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara bagi suku ketiga tahun ini akan menunjukkan pertumbuhan yang kukuh berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi semasa yang positif setakat ini.
BANGI 10 Sept - Mesyuarat bersama semua agensi serta pihak terlibat bagi persediaan menghadapi bencana banjir akan diadakan Isnin ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
BANGI 10 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar dalam dan luar negara tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berkuat kuasa serta merta.