Pelanggan tanggung obligasi hutang SCIB untuk enam projek di Qatar dan Oman
KUALA LUMPUR 21 Sept - Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) dijangka memperoleh AS$13.32 juta (RM60.72 juta) selepas pelanggan enam kontrak di Qatar dan Oman bersetuju untuk menanggung hutang kumpulan itu kepada subkontraktornya untuk projek-projek tersebut.






