Kerajaan rugi RM812.91 juta akibat pembatalan projek monorel Putrajaya pada 2004 - Ketua Audit Negara
KUALA LUMPUR 17 Feb - Kerajaan dianggarkan rugi RM812.91 juta daripada pembangunan ibu kota pentadbirannya Putrajaya dengan sebahagian besar iaitu RM799.34 juta, disebabkan projek monorel yang ditangguhkan pada 2004, menurut laporan terkini Ketua Audit Negara.






