Untung bersih Aeon Credit catat lonjakan 4 ganda kepada RM95.34 juta bagi FY2023
KUALA LUMPUR 11 April - Aeon Credit Service (M) Bhd mengakhiri FY2023 dengan prestasi rekod selepas keuntungan bersihnya bagi suku keempat berakhir 28 Feb 2023 (4QFY2023) melonjak lebih empat kali ganda kepada RM95.34 juta daripada RM23.38 juta setahun sebelumnya.






