TNB-Malakoff selesaikan pertikaian cukai RM596 juta KEV di luar mahkamah dengan LHDN
KUALA LUMPUR 22 Jun - Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Malakoff Corp Bhd menyatakan usaha samanya Kapar Energy Ventures Sdn Bhd (KEV) telah menarik balik permohonan semakan kehakiman menerusi penyelesaian di luar mahkamah dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).






