Skip to main content

TNB meterai perjanjian hantar bekalan tenaga dari Laos ke Singapura

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 22 Jun - Tenaga Nasional Bhd (TNB) perjanjian roda tenaga (EWA) bagi penghantaran elektrik dari Laos ke Singapura menerusi Thailand dan Malaysia menggunakan kemudahan sambungan sedia ada yang dimiliki oleh semua negara terlibat.

 

Menurut TNB, perjanjian yang dimeterai dengan Electricite Du Laos (EDL) dan Pihak Berkuasa Penjanaan Tenaga Thailand (EGAT) itu membabitkan jualan, penghantaran dan pembelian tenaga elektrik dengan minimum 30 MW sehingga 100 MW.

 

"EWA ini akan berkuat kuasa bagi tempoh selama 2 tahun bermula 22 Jun 2022," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini. 

 

Peranan TNB di bawah EWA itu adalah untuk menghantar tenaga yang dijana dari Laos ke Singapura. 

 

"TNB tidak bertanggungjawab untuk menambah apa-apa kekurangan tenaga yang dihantar dari Laos oleh EDL. 

 

"Malah, EDL akan membayar caj wheeling kepada TNB bagi perkhidmatan berkenaan," tambahnya.

 

Syarikat utiliti negara itu berkata, perjanjian tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada terbitan dan modal saham berbayar dan pemegangan utama TNB.

 

"Sebaliknya, ia akan memberi impak neutral kepada hasil TNB sepanjang tempoh perjanjian tersebut," katanya. - DagangNews.com