CelcomDigi sedia hadapi piawaian baharu pendaftaran pelanggan, prospek kekal stabil - Penganalisis
KUALA LUMPUR 17 Ogos - CelcomDigi Bhd (CDB) memperuntukkan kurang RM10 juta bagi memastikan kesediaan infrastruktur dan rangkaian pengedarnya dalam menghadapi piawaian baharu pendaftaran pelanggan prabayar yang ditetapkan pengawal selia.













