Kossan beli perniagaan Inout di Singapura, Thailand pada harga RM48.4 juta
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kossan Rubber Industries Bhd bercadang membeli perniagaan Inout di Singapura dan Thailand dengan jumlah pertimbangan tunai kira-kira RM48.41 juta dalam usaha mengembangkan perniagaan produk bilik bersih atau `cleanroom'.













