Saham Manchester United susut 7% susulan Glazer jual 9.5 juta ekuiti | DagangNews Skip to main content

Saham Manchester United susut 7% susulan Glazer jual 9.5 juta ekuiti

 

MANCHESTER 6 Okt – Saham Manchester United Plc mencatat penyusutan berikutan tindakan keluarga Glazer menawarkan jualan kepentingan saham mereka bernilai hampir AS$200 juta (RM836 juta).

 

Saham kelab bolasepak Inggeris tersebut susut 7% selepas Kevin Glazer Irrevocable Exempt Family Trust dan the Edward S Glazer Irrevocable Exempt Trust menawarkan jualan sebanyak 9.5 juta saham.

 

Saham-saham tersebut bernilai kira-kira AS$186 juta (RM777.57 juta) semasa pasaran Bursa Saham New York (NYSE) ditutup semalam, lapor Bloomberg.

 

Tawaran itu adalah susulan peningkatan saham sebanyak 11% pada 17 September lalu, apabila Manchester United melaporkan perolehan suku tahunan lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu, berikutan kembalinya para penyokong memenuhi stadium Old Trafford.

 

Saham tersebut meningkat keseluruhannya sebanyak 17% tahun ini, dengan paras semalam hampir menyamai momentum pembukaan musim baharu dan pembelian semula bintang mega, Cristiano Ronaldo.

 

 

ronaldo
Cristiano Ronaldo

 

 

Bank of America Corp merupakan penaja jamin bagi tawaran terbaharu keluarga Glazer tersebut. – DagangNews.com