Destini fokus pelaksanaan mampan, mobiliti dan tenaga enjin baharu pertumbuhan
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Destini Berhad memasuki fasa baharu pertumbuhannya dengan memberi keutamaan kepada pelaksanaan strategi, pengembangan kapasiti dan pertumbuhan perniagaan, selepas melengkapkan proses penyusunan semula Lembaga Pengarah serta pasukan kepimpinan Kumpulan.






