KKB raih subkontrak pembinaan kilang sarung tangan, pesanan belian bernilai RM17 juta | DagangNews Skip to main content

KKB raih subkontrak pembinaan kilang sarung tangan, pesanan belian bernilai RM17 juta

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Sept - KKB Engineering Berhad meraih surat tawaran subkontrak untuk membina cadangan kilang sarung tangan di Taman Perindustrian Petchem, Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak (Hab Inovasi Perubatan dan Teknologi Sarawak).

 

Syarikat itu juga menerima pesanan pembelian silinder C14 RQ dan injap padat C14 daripada MyGaz Sdn. Bhd.

 

"Jumlah keseluruhan kontrak gabungan yang dinyatakan di atas bernilai kira-kira RM17 juta," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Syarikat itu berkata, kedua-dua subkontrak dan pesanan pembelian itu dijadualkan siap sepenuhnya menjelang 2QFY23 dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan.

 

Kedua-dua projek berkenaan tidak akan memberi kesan kepada modal saham syarikat.

 

Faktor risiko yang mempengaruhi projek itu termasuk endemik COVID-19 yang berterusan dan kesannya kepada syarikat.

 

Selain itu, mereka juga berdepan risiko ketersediaan tenaga kerja mahir dan bahan pembinaan selain perubahaan harga semasa, keadaan cuaca atau situasi politik dan faktor ekonomi. - DagangNews.com