Perhimpunan terbesar Mercedes-AMG pada Hari Trek Mercedes-AMG 2022 | DagangNews Skip to main content

Perhimpunan terbesar Mercedes-AMG pada Hari Trek Mercedes-AMG 2022

Mercedes-AMG GT Black Series

KUALA LUMPUR 3 Julai - Bersempena dengan pelancaran Mercedes-AMG A 35 4MATIC dan Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC baru-baru ini, Mercedes-Benz Malaysia turut menganjurkan Hari Trek AMG dengan penampilan istimewa Mercedes-AMG GT Black Series yang sangat eksklusif, kemuncak mutlak keluarga GT di Litar Antarabangsa Sepang. 


Para peserta ditawarkan pengalaman pemanduan prestasi dengan pelbagai pilihan model Mercedes-AMG dan Mercedes-Benz. 

 

Bersama-sama dengan Kelab Pemilik AMG Malaysia, acara itu menerima penyertaan lebih 180 kereta Mercedes-AMG, sekali gus menjadi perhimpunan terbesar kereta AMG di satu lokasi. 

 

Para peserta juga ditawarkan pengalaman pemanduan eksklusif yang menampilkan pilihan kenderaan Mercedes-Benz.

 

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran di Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp berkata, pihaknya sangat teruja dapat mengadakan sekali lagi Hari Trek AMG pada tahun ini. 

 

"Ia adalah pengalaman yang mendebarkan tidak seperti yang lain dan ia adalah satu keistimewaan untuk mempunyai pelanggan dan bakal pelanggan kami di sini, bagi menyelami Prestasi Pemanduan Terunggul.


 

mercedes-benz
Michael Jopp melepaskan kereta-kereta Mercedes AMG bersempena Hari Trek AMG pada 28 Jun 2022.


 

mercedes-benz

 


"Acara menarik ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menawarkan pengalaman pelanggan terbaik dengan kereta Mercedes-Benz dan Mercedes-AMG terbaru kami dan kami berterima kasih kepada rakan kongsi kami, AMG Owners Club of Malaysia (AOCM) yang menyokong acara ini," katanya dalam kenyataan di sini. - DagangNews.com