CGS-CIMB ramal kerugian MSM akan terus meningkat pada FY22 akibat tekanan kos gula mentah
KUALA LUMPUR 23 Ogos - CGS-CIMB Research menjangkakan kerugian bersih teras MSM Malaysia Holdings Bhd. akan terus melebar sebanyak 141% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) ekoran tekanan kos gula mentah dan penapisan yang lebih tinggi.










