| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pelaburan AS$2 bilion Google langkah penting ke arah transformasi digital negara - Awantec

KUALA LUMPUR 31 Mei - Awanbiru Technology Bhd (Awantec) begitu teruja dengan pelaburan AS$2 bilion (RM9.37 bilion) Google di Malaysia, menandakan satu langkah penting ke arah transformasi digital negara.

 

Median upah bulanan 6.67 juta pekerja formal Malaysia catat peningkatan 4.9% kepada RM2,900 pada Disember 2023 - DOSM

KUALA LUMPUR 31 Mei - Median upah bulanan pekerja formal warganegara meningkat sebanyak 4.9% pada Disember 2023 kepada RM2,900 berbanding Jun 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Aset rizab rasmi Malaysia susut kepada AS$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM

KUALA LUMPUR 31 Mei - Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$112.79 billion pada akhir April 2024 manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$403.7 juta pada akhir bulan April 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Keputusan kewangan Bumi Armada pada suku pertama 2024 atasi unjuran RHB Investment dipacu sumbangan kukuh Armada Olombendo

KUALA LUMPUR 31 Mei - Keputusan kewangan suku pertama 2024 Bumi Armada Bhd mengatasi anggaran RHB Investment dipacu sumbangan lebih kukuh daripada unit pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) Armada Olombendo. 

 

Ibraco dalam kedudukan baik raih pelbagai projek infrastruktur di Sarawak - TA Securities

KUALA LUMPUR 31 Mei - Ibraco Berhad berada dalam kedudukan yang cukup baik ketika Kerajaan Sarawak membelanjakan jumlah yang banyak bagi infrastruktur untuk menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2030. 

 

Malacca Securities ramal prospek OSK positif dipacu pendapatan mampan segmen hartanah

KUALA LUMPUR 31 Mei - Malacca Securities meramalkan prospek positif untuk OSK Holdings Bhd dipacu oleh segmen hartanah yang menyediakan pendapatan mampan dengan jualan yang belum dibil sebanyak RM1.1 bilion.

 

Cukai taksiran di Selangor dinaikkan ekoran nilai hartanah meningkat - Amirudin

SHAH ALAM 31 Mei - Cukai taksiran di Selangor dinaikan susulan pelaksanaan penilaian semula hartanah, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

 

Bagaimanapun kata beliau, kenaikan cukai taksiran tersebut tidak melibatkan rumah-rumah kos rendah.

Pengeluaran sawit Hap Seng naik semula selepas susut 4.6% 1QFY24, AmInvest kekal saranan Beli   

KUALA LUMPUR 31 Mei - Hap Seng Plantations menyasarkan dapat mencapai pertumbuhan pengeluaran buah tandan segar (FFB) sawit sebanyak 10% dalam tahun kewangan 2024 (FY24F), kata AmInvestment Bank Research (AmInvest).

 

Untung bersih teras TM pada suku pertama 2024 melebihi jangkaan didorong kos operasi rendah, kata Maybank IB

KUALA LUMPUR 31 Mei - Untung bersih teras Telekom Malaysia Bhd (TM) pada suku pertama tahun ini melebihi jangkaan dan konsensus didorong kos operasi yang lebih rendah daripada jangkaan, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

Subscribe to