Kumpulan TDM sasar pendapatan lebih RM600 juta bagi 2024, fokus sektor perladangan dan penjagaan kesihatan
KUALA TERENGGANU 6 Jun - TDM Berhad, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu meletakkan sasaran pendapatan lebih RM600 juta pada tahun ini melalui dua segmen perniagaan iaitu perladangan dan penjagaan kesihatan.









