TMK Chemical failkan permohonan IPO di Pasaran Utama Bursa Malaysia, sasar bina sebuah lagi loji
KUALA LUMPUR 15 Julai - TMK Chemical Bhd, sebuah syarikat pengurusan dan penyimpanan bahan kimia, telah memfailkan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama untuk mengumpul dana bagi pembesaran salah satu kilangnya dan pembinaan kemudahan baharu di Singapura.








