RHB Research kekal saranan 'Beli' Sime Darby, penilaian murah dan dividen tinggi jadi tarikan
KUALA LUMPUR 4 Ogos - RHB Research mengekalkan saranan "Beli" terhadap Sime Darby Bhd dengan menaikkan harga sasaran (TP) kepada RM2.40 daripada RM2.27, walaupun menjangkakan pemulihan kumpulan pada tahun kewangan 2027 (FY27) masih berlaku secara berperingkat.






