Untung bersih 1QFY24 DUFU Technology susut 59% kepada RM4.4 juta | DagangNews Skip to main content

Untung bersih 1QFY24 DUFU Technology susut 59% kepada RM4.4 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Mei - Untung bersih suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (1QFY24) DUFU Technology Corp Bhd menyusut 59% kepada RM4.4 juta berbanding RM10.9 juta pada tahun lalu berikutan penurunan hasil berkaitan pemacu cakera keras (HDD).

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, hasil bagi suku berkenaan juga merosot sebanyak 22% kepada RM57.9 juta berbanding RM74.2 juta bagi 1QFY23.

 

"Penyusutan hasil itu disebabkan disebabkan penyusutan pendapatan daripada produk berkaitan HDD dan kos overhed yang tinggi bagi suku berkenaan," katanya.

 

Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu berkata, memasuki suku kedua tahun ini, DUFU Technology berusaha memperbaiki keadaan syarikat selepas berdepan kemerosotan dalam pasaran.

 

Bagaimanapun, operasi utama mereka melibatkan pemesinan ketepatan dan pengeluaran peralatan serta komponen kepingan logam mencatatkan permintaan yang sederhana.

 

"Kami percaya jualan semikonduktor global semakin meningkat dan mula mencatatkab kitara pertumbuhan baharu terutamanya dalam kalangan pengeluar tempatan.

 

"Momentum positif itu disokong oleh pelaran inventori dan peningkatan permintaan varangan elektronik serta aplikasi berkaitan kecerdasan buatan (AI)," katanya.- DagangNews.com