KUALA LUMPUR 3 Ogos - Tuntutan insurans kenderaan yang lebih tinggi serta keputusan mahkamah untuk menganugerahkan tuntutan kecederaan badan pihak ketiga merupakan sebahagian punca untung LPI Capital Berhad menurun pada 2QFY22.
AmInvestment Bank Research, selain itu, segmen lain turut mencatatkan peningkatan tuntutan termasuk kejururteraan dan insuran perubatan.
"LPI melaporkan untuk bersih selepas cukai sebanyak RM57 juta atau penurunan sebanyak 18.2% pada 2QFY22.
"Penurunan itu adalah disebabkan tuntutan insurans kenderaan yang lebih tinggi daripada jangkaan dan kerugian nilai wajar sebanyak RM7 juta daripada sekuriti pendapatan tetap kumpulan dan dana unit amanah," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, pendapatan teras LPI bagi 6MFY22 dalah di bawah jangkaan, hanya 36% daripada unjuran firma itu bagi untung bersih FY22F dan 39% pendapatan konsensus berpunca daripada tuntutan melebihi jangkaan.
Katanya, pendapatan kumpulan itu adalah sebanyak RM127 juta, penurunan sebanyak 23.8% didorong oleh premium perolehan bersih (NEP), pendapatan pelaburan dan tuntutan bersih.
BACA JUGA: Untung bersih LPI Capital menurun akibat peningkatan tuntutan, pulangan pelaburan lemah
NEP kumpulan itu menurun sebanyak 5.8% pada 6MFY22 akibat kenaikan UPR pada 1QFY22.
"Margin taja jamin untuk 6MFY22 juga menurun sebanyak 25% didorong oleh tuntutan termasuk insurans kebakaran dan kenderaan yan dinormalisasikan oleh pembukaan semula sektor ekonomi," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' untuk LPI Capital dengan menurunkan nilai wajar (FV) kepada RM12.80 berbanding RM14.40 sesaham. - DagangNews.com








