Thai Global Business Administration Technological College tubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Thai Global Business Administration Technological College tubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucaptama yang bertajuk 'Pendigital Keluarga Dunia Untuk Keamanan Sejagat' di Thai Global Business Administration Technological College Bangkok, hari ini.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand hari ini secara rasmi menubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Penubuhan kursi tersebut diumumkan oleh Pengarah TGBC, Dr. Prattana Srisuk dalam satu majlis di sini hari ini. 

 

Kursi itu secara khusus untuk memperkenalkan dan mempromosikan pengajian Bahasa Melayu dan ketamadunan Melayu di kolej tersebut dan di Thailand.

 

Difahamkan ia merupakan Kursi pertama di institut pengajian tinggi di negara ini yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.

 

Sementara itu, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana mengiktiraf usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu di rantau ini. 

 

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berharap penubuhan Kursi tersebut akan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di negara tersebut.

 

"Bahasa Melayu mempunyai kira-kira 300 juta penutur di rantau Asia Tenggara. 

 

"Di Thailand juga tidak asing, majoriti penduduk di selatan Thailand boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

 

"Saya berharap usaha ini akan merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk bertajuk Pendigitalan Keluarga Dunia untuk Keamanan Sejagat, di kolej tersebut. - DagangNews.com