KUALA LUMPUR 17 April - RHB Investment Bank Bhd mengekalkan tinjauan teknikal yang positif pada NexG, menjangkakan peningkatan selanjutnya dalam kaunter tersebut berikutan isyarat kenaikan harga yang kukuh dalam sesi dagangan baru-baru ini.
Ketika pasaran ditutup Khamis, saham NexG mencatat 31.5 sen iaitu naik 21.15 peratus dengan 440,528 saham, menjadikannya saham paling tinggi didagangkan, sekali gusmemberikan permodalan pasaran syarikat sebanyak RM935.91 juta.
Pergerakan saham NexG ini menepati unjuran RHB Investment iaitu ia bersedia untuk melanjutkan trajektori menaiknya selepas melepasi paras rintangan RM0.25 pada peningkatan volum.
Menurut RHB Research, pembentukan candlestick kenaikkan harga yang panjang mengesahkan minat belian yang kukuh dan momentum yang mempercepatkan.
"Dengan penembusan ini, harga susulan saham NexG dijangka ke arah RM0.28, diikuti dengan RM0.30," kata firma penyelidikan itu hari ini.
Walau bagaimanapun, persediaan kenaikkan harga akan menjadi tidak sah jika NexG jatuh di bawah RM0.23, yang boleh mencetuskan semula pembetulan awal.
Bulan lepas, NexG muncul sebagai pemegang saham utama MMAG Holdings Berhad dengan keseluruhan pegangan saham sebanyak 9.53% kepentingan, dalam pelaburan berjumlah RM88 juta.
Pemerolehan kepentingan tersebut berlangsung dalam dua transaksi iaitu pada 5 Mac 2025, NexG memperoleh 45 juta saham biasa dalam MMAG, mewakili 1.95% kepentingan ekuiti bernilai RM18 juta melalui transaksi perniagaan langsung daripada pihak yang tidak berkaitan. - DagangNews.com








