Raia Hotel & Convention Centre Terengganu sasar pendapatan RM20 juta tahun ini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Raia Hotel & Convention Centre Terengganu sasar pendapatan RM20 juta tahun ini

Oleh HUSNA ABDULLAH

KUALA NERUS 5 Feb - Raia Hotel & Convention Centre Terengganu di sini menyasarkan pendapatan sebanyak RM20 juta pada tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak RM3 juta berbanding perolehan RM17 juta yang direkodkan pada tahun 2024.

 

Pengurus Besarnya, Mohamed Mokhtar Latiff berkata, Raia Hotel yakin dapat mencapai sasaran itu melalui pelbagai promosi pakej penginapan sewaan dewan konvensyen, mesyuarat dan pameran yang dilakukan secara lebih agresif sejak awal tahun ini.

 

Selain itu beliau berkata, sebanyak RM10 juta telah dilaburkan hotel tersebut dalam tempoh tiga tahun bermula 2022 untuk beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan di 182 bilik penginapannya.

 

 

Mohamed Mokhtar Latiff
                                    Mohamed Mokhtar Latiff

 

 

"Raia Hotel mempunyai pelbagai jenis bilik iaitu standard, superior, family dan suite yang menepati keperluan setiap pengunjung.

 

"Walaupun bertaraf empat bintang, kami komited mahu memberikan layanan terbaik yang istimewa bertaraf lima bintang buat semua pengunjung di hotel ini," katanya kepada DagangNews.com di sini baru-baru ini.

 

 

Raia

 

Raia

 

Raia

 

 

Lokasinya yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud juga menjadikan Raia Hotel sebagai
destinasi percutian paling tepat untuk mereka yang menggunakan pengangkutan udara ke Terengganu.

 

Selain itu, Mohamed Mokhtar berkata, keistimewaan lain dimiliki hotel tersebut ialah kemudahan kolam renang yang diasingkan mengikut jantina untuk keselesaan pengunjung.

 

"Privasi pengunjung terutama golongan muslimah tetap menjadi keutamaan di hotel ini, namun untuk mereka yang berkeluarga, usah risau kerana kita mempunyai kolam renang yang luas di kawasan terbuka untuk kanak-kanak.

 

"Di sini juga, kami menawarkan 14 bilik mesyuarat yang dan satu dewan utama yang boleh menampung 2,000 pengunjung pada satu-satu masa.

 

"Setakat ini, Raia Hotel memang menjadi pilihan banyak syarikat korporat, swasta dan jabatan kerajaan untuk mengadakan majlis yang berskala besar," katanya.

 

 

Raia

 

 

Mengenai promosi bufet Ramadan yang akan bermula tidak lama lagi pula, beliau berkata, hotel tersebut menampilkan kelainan dengan menyediakan kibas panggang sebagai menu utama mereka.

 

"Kami juga memperkenalkan kadar harga yang lebih rendah iaitu hanya RM85 untuk dewasa iaitu lebih murah berbanding RM87 pada tahun lepas.

 

 

Raia

 

 

"Lebih 150 menu pelbagai hidangan bertemakan 'Selera Ganu Kite' akan disajikan untuk pelanggan bufet Ramadan dan kami turut menawarkan harga istimewa dengan belian awal bermula 1 Jan hingga 28 Feb depan dengan harga Serendah RM68 sahaja.

 

"Ini sebahagian usaha kami untuk memeriahkan sambutan Ramadan di Terengganu sebagai permulaan pembuka tirai tahun 2025 yang lebih gemilang untuk Raia Hotel," katanya. - DagangNews.com