MCOM kemukakan rayuan tidak dinyahsenarai daripada Pasaran LEAP | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MCOM kemukakan rayuan tidak dinyahsenarai daripada Pasaran LEAP

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 5 Mei — MCOM Holdings Berhad akan mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Bursa Malaysia agar sekuritinya itu tidak dinyahsenarai daripada Pasaran LEAP berikutan kegagalan mengumumkan penyata kewangan teraudit tahunan.


Syarikat tersebut berkata, representasi berkenaan akan dilaksanakannya dalam tempoh lima hari dagangan setelah ia menerima notis kemungkinan penyahsenaraian itu daripada pihak Bursa Securities mengenai perkara tersebut baru-baru ini.


Isu itu timbul berikutan kegagalan MCOM yang terlibat dalam perkhidmatan rumusan teknologi tinggi untuk mengumumkan laporan kewangan tahunan diaudit, serta laporan juruaudit dan pengarah bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2024.


"Bursa Securities telah memberikan masa selama lima hari pasaran untuk perlu mengemukakan representasi secara bertulis menjelaskan mengapa sekuriti ini tidak perlu dinyahsenarai," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

 

MCOM menambah, penyata kewangan dan laporan tersebut sepatutnya telah perlu dimuktamadkan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2024, menurut Peraturan 6.13 Keperluan Penyenaraian LEAP.


Bagaimanapun katanya, jika Bursa Securities memutuskan untuk menyahsenarai syarikat, sekuriti  MCOM akan dikeluarkan daripada senarai rasmi bursa selepas tamat tempoh tujuh hari pasaran dari tarikh pemberitahuan keputusan penyahsenaraian.


Bursa Securities juga kata makluman berkenaan, boleh menentukan sebarang tarikh lain kecuali rayuan tersebut telah dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. - DagangNews.com