Manfaat Skim Time-of-Use (ToU) Untuk Perniagaan Kecil | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Manfaat Skim Time-of-Use (ToU) Untuk Perniagaan Kecil

Oleh JOHARDY IBRAHIM

SEORANG pengarah urusan syarikat bertaraf perniagaan kecil memanggil mesyuarat kakitangan. Tak ramai. Tak sampai 10 orang pun. Separuh ada di pejabat, separuh jenguk menerusi internet. Agenda: Penjimatan Elektrik!

 

Kakitangan yang sekian lama tidak ambil tahu hal ehwal bil elektrik, didedahkan angka-angka kos kasar yang ditanggung syarikat. Muka masing-masing masih selamba.

 

Berkuatkuasa serta-merta, penyaman udara serta komputer dan lampu ditutup semasa waktu rehat makan tengah hari. Itu pun kakitangan masih bersikap sambil lewa. Tetapi bila bos kata `Work From Home’ ditambah jadi 2 hari, bermakna hanya 3 hari wajib ke pejabat... baharulah muka kakitangan berubah.

 

 

 

 

 

Ini betul-betul nak jimat elektrik! Senario yang diceritakan ini mungkin menjadi kebiasaan selepas Penstrukturan Tarif Elektrik mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2025.

 

Dalam pengumuman tarif struktur baharu oleh Suruhanjaya Tenaga, salah satu inisiatif diperkenalkan adalah penambahbaikan dalam skim Time-of-Use (ToU) yang mana skim ini kini terbuka kepada pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah buat kali pertama. Malah, zon waktu puncak dan luar puncak telah diperkemas kepada dua zon sahaja.

 

Melalui skim Tarif ToU, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan peluang kepada perniagaan kecil untuk menjimatkan kos operasi dengan menyesuaikan masa penggunaan elektrik mengikut waktu luar puncak yang mempunyai kadar Tarif ToU yang lebih rendah daripada kadar Tarif Am — tanpa mengurangkan keperluan tenaga mereka.

 

Apakah ToU dan bagaimana ia berfungsi?

ToU ialah struktur tarif yang membahagikan kadar Caj Tenaga mengikut masa:

🕑 Waktu Puncak: Isnin - Jumaat, 2.00 petang - 10.00 malam

🌙 Waktu Luar Puncak: 10.00 malam - 2.00 petang keesokan hari

📅 Sabtu & Ahad serta Cuti Umum terpilih: sepenuhnya waktu luar puncak

 

Ini bermakna 16 jam setiap hari bekerja dan 24 jam sepanjang hari Sabtu dan Ahad ditakrifkan sebagai waktu kadar lebih murah — memberi peluang besar untuk penjimatan jika penggunaan dapat dialih ke waktu-waktu itu. Walau bagaimanapun, kadar Tarif ToU semasa waktu puncak adalah lebih tinggi daripada kadar Tarif Am.

 

Mengapa Perniagaan Kecil boleh pertimbangkan Skim ToU

Perniagaan dalam kategori Voltan Rendah seperti dobi, stesen minyak, bakeri dan kedai serbaneka – sering beroperasi sepanjang masa. Namun, penyesuaian mudah dalam jadual operasi boleh memberi kesan besar kepada bil elektrik bulanan.

 

Contoh:

ToU

 

 

 

Langkah-langkah ini memperlihatkan bagaimana operasi tenaga-intensif boleh dijadualkan semula tanpa mengganggu produktiviti, selari dengan objektif untuk mendidik pemilik perniagaan kecil tentang cara mengoptimumkan tenaga secara praktikal.

 

Potensi penjimatan sebelum dan selepas ToU

Dengan hanya mengalihkan 4 jam penggunaan tenaga yang tinggi ke waktu luar puncak setiap hari, perniagaan boleh melihat penjimatan bil elektrik. Gunakan Kalkulator Bil di myTNB.com.my/tariff untuk mengira sendiri berdasarkan trend penggunaan anda.

 

Contoh ringkas untuk perniagaan dalam kategori Bukan Domestik Voltan Rendah dengan penggunaan tenaga purata sebanyak 1,500 kWj sebulan, Caj Tenaga sebelum dan selepas ToU adalah berikut:



 

Xi

 

 

Langkah-langkah praktikal untuk pelaksanaan

Kenal pasti peralatan penggunaan tinggi (penyaman udara, mesin intensif tenaga, pemanas air)

Laraskan jadual operasi mengikut waktu luar puncak

Gunakan pemasa untuk melaraskan penggunaan tenaga

Pantau penggunaan elektrik dengan aplikasi myTNB

 

Tanya TNB, jangan malu

Sebagai rakan tenaga strategik yang dipercayai oleh perniagaan dan industri di seluruh negara, TNB menawarkan rangkaian perkhidmatan profesional bagi membantu pelanggan komersial mengurus penggunaan tenaga mereka dengan lebih efisien.

 

Antara sokongan utama TNB:

Virtual Energy Manager – alat pintar pemantauan penggunaan

 Rumusan Solar Atas Bumbung – untuk pemilik premis perniagaan

Kalkulator Bil ToU – untuk membuat keputusan memilih ToU

myTNBiz – platform pembayaran mudah untuk akaun pukal

Nasihat pakar di Kedai Tenaga – konsultasi peribadi untuk strategi penggunaan elektrik optimum

 

Ini menyokong matlamat nasional untuk meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos overhed, dan merangsang daya saing perusahaan — sekali gus memberikan ketenangan kepada pembuat dasar dan pemimpin industri bahawa infrastruktur tarif semasa adalah responsif terhadap keperluan pasaran.

 

Menyokong agenda nasional: NETR

Pendekatan ToU ini juga selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

 

Sebagai mekanisme kawal selia berasaskan tingkah laku pengguna, skim ToU mendorong perniagaan untuk mengubah corak permintaan tenaga, mengurangkan tekanan ke atas grid elektrik semasa waktu puncak, dan mengoptimumkan kapasiti penjanaan negara.

 

Gabungan ToU dengan teknologi tenaga boleh baharu seperti solar atas bumbung dan sistem penyimpanan tenaga solar (bateri) membolehkan pengguna akhir menyumbang secara langsung kepada sasaran NETR melalui:

 

Pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) melalui kecekapan penggunaan

Penggunaan sumber tenaga rendah karbon seperti solar

Penyertaan aktif dalam pasaran tenaga moden melalui tanggungjawab kendiri (self-regulated consumption)

 

Lebih penting lagi, pelaksanaan meluas Tarif ToU yang digabungkan dengan amalan cekap tenaga pada waktu puncak menyediakan insentif ekonomi sebenar untuk perniagaan menyertai peralihan tenaga — menjadikan kelestarian bukan sekadar matlamat alam sekitar, tetapi juga strategi keuntungan jangka panjang.

 

Dalam konteks ini, setiap perniagaan yang melaksanakan ToU secara efektif sedang berperanan sebagai rakan strategik kepada kerajaan dalam mencapai matlamat nasional ke arah sistem tenaga yang lebih lestari, inklusif dan berdaya tahan.

 

 

 

 

 

 

Kena disiplin lebih sikit

Elektrik kini menjadi salah satu komponen kos paling tidak menentu dalam dunia perniagaan. Namun, ia juga antara yang paling mudah untuk dioptimumkan — jika anda memiliki data dan peralatan yang betul.

 

Mulakan dengan memahami corak penggunaan tenaga anda. Kemudian, tentukan sama ada skim ToU, sistem solar, bateri solar — atau kombinasi ketiga-tiganya boleh menjadi sebahagian daripada strategi kawalan kos anda. – DagangNews.com