Labuan Bajo alu-alukan kehadiran pelancong dan pelabur  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Labuan Bajo alu-alukan kehadiran pelancong dan pelabur 

KRAFTANGAN ukiran kayu biawak komodo ini banyak dijual untuk dijadikan cenderamata. Gambar: Naim Aziz / DagangNews
Oleh MOHD NAIM AZIZ

JIKA anda peminat filem Jurassic Park atau mahu melihat spesis zaman dinosaur yang telah pupus berjuta tahun dahulu boleh berkunjung di Taman Nasional Komodo, Labuan Bajo, Indonesia yang dipercayai mempunyai mirip era tersebut.

 

Taman Nasional Komodo yang terletak di Pulau Rinca, Labuan Bajo, Wilayah Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur Indonesia mempunyai sejarah tersendiri selain lokasi tumpuan utama destinasi pelancongan di daerah itu.

 

Taman ini mempunyai ekosistem hidupan liar dan tempat tinggal biawak terbesar di dunia, dikenali sebagai Dragon Komodo atau Naga Komodo. Menurut catatan sejarah yang dipetik melalui laman web rasmi komodonp.com,  seorang lelaki Inggeris JKH Van Steyn Van Hensbroek memperkenalkan biawak komodo ke dunia pada tahun 1910.

 

p4
SALAH seekor biawak komodo dragon yang dapat dilihat di Taman Nasional Komodo, Pulau Rinca. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

p3
KAUNTER tiket dan imformasi di pintu masuk Taman Nasional Komodo, Pulau Rinca. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

Menurut penduduk tempatan biawak terbesar ini adalah sepsis yang dipercayai wujud sejak era zaman dinosaur beratus juta tahun dahulu.

 

Penulis bukanlah ingin menceritakan lanjut tentang biawak komodo tersebut namun lokasi tumpuan inilah salah satu destinasi wajib datang ke Labuan Bajo. Tambahan pula taman ini telah diktiraf tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang diwartakan pada tahun 1991. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Labuan Bajo juga dikenali sebagai Bandar Komodo maka tidak hairanlah di beberapa kawasan setempat termasuk hotel- hotel mewah terdapat tugu patung dan jualan cenderamata kraftangan ukiran kayu yang dihasilkan berbentuk haiwan karnivor tersebut. 

 

p1
PESERTA Fam Trip Labuan Bajo bergambar di hadapan seekor biawak komodo dragon di Taman Nasional Komodo, Pulau Rinca. Gambar: Naim Aziz /  DagangNews.

 

Penulis berpeluang mengikuti program Fam Trip kolobrasi pertama AirAsia bersama Badan Pelaksana Otorita Labuan Bajo Flores (BPOLBF) dan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur (KBRI Kuala Lumpur) diterbangkan khas dengan sekumpulan media dan pempengaruh media sosial Malaysia baru- baru ini.

 

Program selama lima hari itu ditaja sepenuhnya oleh AirAsia Malaysia dengan kerjasama BPOLBF, Floratama IDN, KBRI Malaysia, East Pearl, Komodo Shuttle , Ayana Komodo Wae Cecu Beach, Plataran Komodo Resort and SPA, Lamain dan Lamoringa.

 

Aktiviti di sekitar lautan dan pantai menjadi tarikan utama di Labuan Bajo ini. Kebanyakan pengunjung akan memilih untuk menginap dan bermalam di atas kapal mewah bagi menikmati pelayaran sekitar pulau- pulau kecil sekitarnya. Pakej pelancongan ini menjadi tarikan utama biodiversiti marin dan aktiviti snorkeling terumbu karang selain belayar dan bermalam di kapal mengelilingi pulau.

 

"Aktivi di lautan dan penerokaan di kepulauan menjadikan tarikan utama produk pelancongan di Labuan Bajo tetapi kami ingin juga mempromosikan aktiviti di darat khususnya bagi merancakkan ekonomi setempat.

 

"Melihat lanskap lautan biru serta aktiviti percutian di atas kapal layar dan menerokai hidupan laut sememangnya produk pelancongan utama di sini. Namun kami juga masih mempergiatkan usaha untuk memperkenalkan aktiviti di darat khususnya," jelas Didimus Estanto Turuk pegawai bahagian promosi pelaburan BPOLBF ketika bercakap dengan DagangNews.com dalam lawatan ke puncak tinjau Parapuar di bandar Labuan Bajo.

 

p6
Didimus Estanto Turuk

 

Menurut Didimus sudut pandangan 360 darjah dari Parapuar memberikan landskap persekitaran bandar Labuan Bajo dan saujana indah lautan kepulauan yang terdapat disekelilingnya. Dari aras ini juga pengunjung boleh melihat pemandangan Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo.

 

Walaupun lokasi ini belum sepenuhnya beroperasi dan baru dibuka pada 2024, namun perancangan untuk menarik pelabur dialu- alukan bagi menjadikan kawasan ini 'hot spot' pengunjung ke dataran puncak ini. Selain itu pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti senaman yoga  yang juga terdapat di sini.

 

"Kedatangan pelancong di Labuan Bajo pernah merekodkan kehadiran 1 juta pengunjung setahun malah jumlah itu boleh bertambah jika promosi dan penglibatan pihak media untuk memperkenalkan lokasi menarik daerah ini" jelasnya lagi.

 

p7
Kapal persiaran mewah Lamain Voyage antara salah satu kapal percutian pelayaran di Labuan Bajo. Gambar: Naim Aziz / DagangNews

 

Tambahnya lagi ada beberapa pelabur dari United Emiriah Arab Bersatu (UAE) berminat untuk mengembangkan sektor pelancongan di daerah Labuan Bajo ini. Beliau juga mengalu- alukan kedatangan pelabur dan kongolomerat dari Malaysia untuk memperluaskan  ekosisistem industri pelancongan di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk rekod destinasi laluan penerbangan AirAsia ke Labuan Bajo, Indonesia baharu diperkenalkan sejak September 2024 dengan kekerapan tiga penerbangan mingguan iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

 

Layari aplikasi Air Asia MOVE App terutamanya WEDNESDEALS bagi tempahan tiket pesawat dan hotel - hotel terpilih sekitar Labuan Bajo. - DagangNews.com