KUALA LUMPUR 7 April – JCI Inspire Fest 2025, anjuran bersama JCI Entrepreneur Metropolitan (JCI E-Metro) dan kolaborasi bersama Radiant, telah dilancarkan secara rasmi di DSpace, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 25 Mac 2025.
Festival yang akan berlangsung selama tiga hari, memfokus kepada golongan muda bagi meraikan kepimpinan, keusahawanan, dan kelestarian melalui pameran sepanjang festival yang akan berlangsung pada April ini.
Ia turut menampilkan individu-individu yang berinspirasi, idea yang berimpak tinggi, serta usaha kolaboratif dalam komuniti.
Dengan bertemakan "Young Hands, Leading Change, Building Tomorrow", festival ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai misi Junior Chamber International (JCI), serta kisah kejayaan para pemimpin muda yang telah menerima anugerah berprestij tinggi seperti TOYM (Ten Outstanding Young Malaysians), CYEA (Creative Young Entrepreneur Award), TOYP (Ten Outstanding Young Persons of the World), dan SDA (Sustainable Development Award).
Festival ini turut mendapat sokongan penuh dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kehadiran rasmi oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagi majlis perasmian “Inspire Youth Day” pada 19 April 2025 di Sunway Velocity Mall.
Beliau turut menegaskan bahawa begitu pentingnya untuk memperkasakan suara para belia di Malaysia bagi membentuk generasi muda yang berkaliber pada masa hadapan.

“JCI Inspire Fest bukan sekadar acara konvensyen – ia juga merupakan platform untuk pengiktirafan, rangkaian, dan tindakan bermakna bagi memperkasakan generasi anak muda di Malaysia,” kata Friday Chua, Pengerusi Penganjur JCI Inspire Fest.
“Tujuan kami juga adalah supaya rakyat Malaysia mengenali siapakah bakat muda yang telah menyumbangkan nama baik Malaysia serta kisah kejayaan mereka pada negara” tambahnya lagi.
Sorotan Acara JCI Inspire Fest 2025, festival ini akan berlangsung dari 18 hingga 20 April 2025 dan merangkumi tiga tema utama, iaitu:
• 18 April – “Inspire Entrepreneur Day”
• 19 April – “Inspire Youth Day” (yang bakal dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh)
• 20 April – “Inspire Environment Day” Festival ini juga akan menampilkan pelbagai forum, pameran produk, ESG Power Talks, serta aktiviti sesi rangkaian terbuka untuk orang ramai.
Program ini direka untuk mendidik dan memberi inspirasi bagi gerakan belia dalam kepimpinan, inovasi, serta memberi impak sosial.
Selain itu, ia juga turut menjadi fokus utama untuk melestarikan Amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) pada tahun ini.
Penganjuran festival ini turut menampilkan rakan kerjasama yang menyokong penuh usaha ini adalah:
• Rakan Warisan: Sateera dan HERSTORY Healthcare Foundation – pertubuhan aktif yang menyokong pembangunan komuniti melalui pendidikan, kesihatan, dan inisiatif kendiri.
• Rakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) & Kebajikan Sosial: MAE Global dan MUSE Collection – pertubuhan aktif yang memperjuangkan inisiatif inklusif, terutamanya dalam menyokong wanita dan komuniti yang kurang bernasib baik.
• Rakan ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus): EAS Academy dan Rurutiki - pertubuhan aktif yang giat dalam usaha pendidikan dan perusahaan eko untuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan mampan di seluruh Malaysia.
Menurut Friday Chua, “Rakan-rakan kerjasama ini mencerminkan misi yang dibawa. Usaha mereka dalam memajukan aspek Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG), pendidikan, kesihatan, serta tanggungjawab sosial merupakan elemen penting yang mendasari penganjuran festival ini."
Majlis pelancaran ini turut menampilkan ESG Power Talk oleh Joyline Chai, Pengasas Bersama Global Hemisphere Group, yang berkongsi pandangan mengenai pemerkasaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam menyepadukan strategi Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) melalui model ekonomi kolaboratif dan kitaran. - DagangNews.com








