Hanifah Noordin diumum sebagai Pengerusi Eksekutif & CEO Datasonic, berikutan pengunduran Tengku Dato Indera Abu Bakar | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Hanifah Noordin diumum sebagai Pengerusi Eksekutif & CEO Datasonic, berikutan pengunduran Tengku Dato Indera Abu Bakar

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 13 Feb - Datasonic Group Berhad mengumumkan pelantikan semula Datuk Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 12 Februari 2025, berikutan pengunduran Tengku Dato Indera Abu Bakar.

 

Tengku Indera Abu Bakar, 39, melepaskan jawatan pengerusi eksekutif kumpulan Datasonic dengan alasan mengejar kepentingan lain, menurut syarikat itu dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

Beliau menyertai Lembaga Pengarah Datasonic pada Julai 2023 dan kini masih menjadi Pengerusi Eksekutif di FOMEMA Sdn Bhd, yang mengendalikan sistem saringan pemeriksaan perubatan pekerja asing di Semenanjung Malaysia sejak Julai 2016 di mana beliau menyelia operasi syarikat itu.

 

 

Tengku Dato Indera Abu Bakar
                Tengku Dato Indera Abu Bakar Ahmad

 

 

Hanifah, 73, memainkan peranan penting sebagai Pengarah Urusan pertama syarikat itu apabila ia mula disenaraikan pada 2012.

 

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan syarikat bumiputera terdahulu, Dibena Enterprise Sdn Bhd, yang diperolehnya pada 2004.

 

Komitmen beliau yang terhadap Datasonic menjangkau tempoh yang ketara, kecuali rehat singkat antara 2020 dan 2022 apabila beliau berhenti buat sementara waktu untuk melanjutkan pelajaran dalam ilmu Islam.

 

Hanifah adalah seorang pengamal akauntan selama lebih daripada 20 tahun dan merupakan Pengerusi dan Rakan Kongsi Urusan Ernst & Whinney (kini dikenali sebagai Ernst & Young) selama 9 tahun.

 

 

abu hanifah noordin
        Datuk Hanifah Noordin

 

 

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) pada tahun 1987 dan menerajui Institut selama 13 tahun sehingga 2000. Dalam kapasiti itu, beliau juga berkhidmat sebagai ahli Lembaga Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASC).

 

Beliau merupakan lulusan dari Universiti Malaya dengan Ijazah Kepujian dalam bidang Ekonomi pada 1973 dan seterusnya melayakkan diri sebagai Akauntan Bertauliah dan Akauntan Awam Bertauliah pada tahun 1976.

 

Datasonic juga mengumumkan pelantikan Datuk Che Nazli Jaapar ke jawatankuasa auditnya.

 

 

Datuk Che Nazli Jaapar
                      Datuk Che Nazli Jaapar

 

 

Beliau memegang beberapa jawatan penting, termasuk setiausaha bawah bahagian cukai di kementerian kewangan dan COO Perbadanan SME.

 

Che Nazli juga merupakan pengarah bahagian pengurusan sumber manusia, dan penolong ketua pengarah kanan bahagian dasar dan rundingan pelbagai hala di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

 

 

 Ahmad Ridwan Abdullah
        Ahmad Ridwan Abdullah

 

 

Dalam makluman berasingan, Datasonic berkata Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, Ahmad Ridwan Abdullah turut meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini untuk meneruskan minat lain.

 

Saham Datasonic naik 1.47% kepada 34.5 sen dengan permodalan pasaran RM1.03 bilion pada Rabu. - DagangNews.com