CTOS, GB Gold meterai MOU strategik tingkatkan keyakinan digital dengan teknologi eKYC, Anti-Penipuan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

CTOS, GB Gold meterai MOU strategik tingkatkan keyakinan digital dengan teknologi eKYC, Anti-Penipuan

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 28 Ogos - CTOS Data Systems Sdn Bhd, agensi pelaporan kredit dan penyedia penyelesaian digital terkemuka di Malaysia, menjalin kerjasama dengan GB Gold Sdn Bhd bagi memperkukuh keyakinan digital serta perlindungan pelanggan dalam landskap pelaburan digital yang pesat berkembang.

 

Kerjasama ini menyaksikan penyepaduan teknologi electronic Know Your Customer (eKYC) CTOS dan penyelesaian anti-penipuan global Group-IB (GIB) ke dalam platform pelaburan GB Gold, sekali gus menawarkan tahap keselamatan lebih tinggi serta pengalaman pendaftaran pengguna yang lebih lancar.

 

Kerjasama itu dimeterai menerusi MoU yang dihadiri wakil kedua-dua organisasi.

 

Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Sdn Bhd, Shahfizzam Moideen, menegaskan komitmen syarikat terhadap ketelusan dan perlindungan pelabur dalam ruang pelaburan emas digital.

 

“Kepercayaan adalah segalanya apabila melibatkan platform kewangan.

 

“Dengan mengintegrasikan eKYC CTOS dan penyelesaian anti-penipuan GIB, kami memperkukuh janji untuk melindungi pelanggan serta mewujudkan pengalaman pelaburan emas yang selamat dan telus.”

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi CTOS Digital Berhad, Lee Shin Mei, berkata kerjasama ini mencerminkan misi CTOS untuk membolehkan platform digital membina kepercayaan pengguna melalui pengesahan identiti dan keselamatan siber bertaraf kawal selia.

 

“Di CTOS, kami komited menyediakan penyelesaian eKYC dan keselamatan siber yang melindungi perniagaan serta pengguna dalam persekitaran digital yang kian berkembang pesat,” katanya.

 

Kerjasama strategik ini juga seiring dengan usaha negara memperkukuh inklusi kewangan digital, kesedaran keselamatan siber dan pelaburan bertanggungjawab.

 

Dengan semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada alternatif pelaburan digital, GB Gold berhasrat menetapkan penanda aras baharu dalam perlindungan pelanggan serta kebolehpercayaan platform. - DagangNews.com