Teladan lancar pratonton eksklusif rumah dikuasa tenaga solar pertama Melaka di Taman Bertam Heights Fasa 2A | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Teladan lancar pratonton eksklusif rumah dikuasa tenaga solar pertama Melaka di Taman Bertam Heights Fasa 2A

Taman Bertam Heights Fasa 2A dilengkapi dengan taman berlandskap, taman permainan, rumah kelab, gimnasium, kolam renang dan laluan joging berturap..
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 21 Okt -Teladan Group Berhad mengadakan acara pratonton eksklusif dua hari untuk Taman Bertam Heights (TBH) Fasa 2A, rumah yang dikuasakan oleh tenaga solar pertama di Melaka.

 

Pratonton eksklusif TBH Fasa 2A ini melibatkan sejumlah 352 unit kediaman teres dua tingkat dan rumah semi-D dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM242 juta dan dijangka siap pada suku keempat 2026, katanya kumpulan itu dalam kenyataan media hari ini.

 

Projek pembangunan perumahan ini adalah sebahagian daripada pelan induk perbandaran TBH seluas 67.3 hektar, menampilkan konsep kejiranan berpagar dan berkawal yang mengehadkan lalu lintas untuk pengalaman hidup yang lebih selamat dan tenang.

 

Perbandaran ini mula diperkenalkan pada Februari 2022 dengan pelancaran TBH Fasa 1B, yang mencapai kadar pengambilan mengagumkan sebanyak 98.9%, diikuti TBH Fasa 1A pada suku terakhir dan TBH Fasa 2B dengan anggaran GDV RM268 juta yang dijadualkan pelancarannya pada FY24.

 

 

fsd

 

 

Menurut Teladan, TBH Fasa 2A adalah projek pembangunan pertama di Melaka yang mengintegrasikan kesediaan solar bagi memupuk kehidupan hijau dalam kalangan pemilik rumah dan mengurangkan kos elektrik dengan ketara sehingga 75%.

 

Selain itu, Teladan telah bekerjasama dengan Maxis Berhad untuk menyediakan infrastruktur gentian optik untuk penduduk menikmati sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi.

 

TBH Fasa 2A turut menawarkan sambungan hebat melalui lebuh raya utama dan jalan utama, menjadikannya pilihan ideal untuk kehidupan moden di Melaka.

 

Sepanjang acara pratonton eksklusif tersebut, Teladan bekerjasama dengan Mercedes-Benz untuk menawarkan pandu uji kenderaan elektrik (EV), memperkenalkan penduduk kepada pengangkutan mampan.

 

Pengarah Urusan Teladan,  Richard Teo Lay Ban menzahirkan keyakinan kumpulan untuk mencapai kejayaan fasa-fasa terdahulu, di mana TBH Fasa 2A dengan ciri tambahannya juga  dijangka menerima sambutan pasaran yang positif.

 

 

Richard Teo Lay Ban
Richard Teo Lay Ban

 

 

Di samping komitmennya terhadap kemampanan dan kualiti, Teladan telah menjalankan penilaian QLASSIC untuk projek itu bagi memastikan kualiti bangunan dan meminimumkan keperluan untuk kerja pembaikan.

 

“Pendekatan kami untuk melancarkan pembangunan kekal berhemat dan disesuaikan untuk memenuhi keperluan pasaran. Semasa kami bergerak ke hadapan, kami secara strategik menetapkan masa perkembangan kami untuk sejajar dengan keperluan pembeli rumah, sambil mempertimbangkan faktor makroekonomi seperti tahap kadar faedah.

 

“Kami merancang untuk menggabungkan stesen pengecas EV dalam pembangunan masa hadapan kami untuk menggalakkan penggunaan EV dan memainkan peranan dalam mengurangkan pelepasan karbon,” tambahnya.  - DagangNews.com