Raikan ‘Earth Hour’ bersama Sun Life Malaysia dengan lilin pilihan istimewa Lilin+Co | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Raikan ‘Earth Hour’ bersama Sun Life Malaysia dengan lilin pilihan istimewa Lilin+Co

10 pemenang bertuah akan memperoleh lilin dalam peraduan #PledgeForOurFuture Sun Life Malaysia dari 1-12 Mac di laman Facebook Sun Life Malaysia.

 

KUALA LUMPUR 16 Mac  – Pada 26 Mac ini, dari jam 8:30 malam hingga 9:30 malam, penduduk di serata dunia akan bersatu meraikan Earth Hour 2022 dengan menutup lampu selama sejam.

 

Sebagai tanda sokongan kepada acara ‘Earth Hour’ 2022 ini, Sun Life Malaysia, sebuah penyedia insurans hayat dan Takaful keluarga, telah berganding dengan Lilin+Co, syarikat pengeluar lilin wangi minimalis dan moden jenama tempatan, untuk menawarkan set koleksi lilin soya yang anggun.

 

Bertema ‘One Hour, One World, Our Future’ (Satu Jam, Satu Dunia, Demi Masa Depan Kita), ia adalah usaha menggalakkan lebih ramai orang menutup lampu yang tidak perlu, membakar lilin, dan meningkatkan kesedaran tentang kelestarian dan perubahan iklim.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia, Raymond Lew berkata, pihaknya menumpukan usaha kelestarian pada tiga tunggak utama – meningkatkan jaminan kewangan, membina gaya hidup lebih sihat dan menggalakkan pelaburan lestari.

 

''Pada tahun ini, kami bercadang menggiatkan usaha membantu pelanggan dan masyarakat kami mengamalkan gaya hidup yang lestari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Kerjasama dengan Lilin+Co bersempena dengan ‘Earth Hour’ 2022 adalah satu daripada pelbagai cara Sun Life Malaysia mendorong lebih ramai orang untuk mengambil langkah-langkah aktif dalam kehidupan harian mereka demi membina masa depan yang lebih lestari dan hijau.

 

Menerusi kerjasama ini, Sun Life Malaysia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk meluangkan masa sejam dalam suasana gelap dan damai sambil ditemani bukan satu, tetapi tiga lilin wangi dengan aroma pilihan istimewa yang menceriakan minda sambil menenangkan hati, dengan sentuhan haruman sitrus dan bunga:

  • Garden of Sunshine – adunan segar Neroli bersama Kenanga
  • Happiness In A Jar – gandingan wangian Serai & Limau
  • Sunny Breeze – adunan haruman sitrus Mimosa & Mandarin

 

“Dengan mengambil tindakan kecil seperti menutup lampu, kita berharap dapat menghantar isyarat kukuh bahawa kita bersama-sama boleh melakukan lebih lagi untuk melindungi bumi kita. Menerusi kerjasama ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk membuat perubahan kecil dalam kehidupan harian mereka bagi mengurangkan jejak karbon masing-masing,” tambah Raymond.


 

Sun Life Malaysia, Raymond Lew
                                                  Raymond Lew

 


Koleksi lilin wangi pilihan istimewa ini akan dihadiahkan kepada 10 pemenang bertuah peraduan #PledgeForOurFuture Sun Life Malaysia yang akan dianjurkan dari 1-12 Mac di laman Facebook Sun Life Malaysia.

 

Earth Hour ialah gerakan akar umbi global yang dimulakan oleh WWF (Tabung Alam Sedunia) pada 2007, untuk mendorong individu, masyarakat, perniagaan dan organisasi untuk mengambil tindakan nyata demi alam sekitar.

 

Pada hari tersebut, acara menutup lampu simbolik ini telah diperluas untuk merangkumi isu kemerosotan alam sekitar yang mendesak dan kesannya terhadap kesihatan manusia. – DagangNews.com